Ketika mula-mula mengikuti kelas Seni Penulisan dengan beliau, sukar untuk orangnya aku kenali memandangkan ktorg hanya menggunakan komunikasi sehala…maksudnya ketika beliau memberikan kuliah aku hanya mendengar dan mencatat nota..jarang sekali aku bersemuka dengannya berhadapan sama ada untuk bertanyakan mengenai kuliah yang tidak difahami apatah lagi bertanyakan mengenai isu-isu semasa…begitu juga ketika mengikuti kelas Perekaan dan Penerbitan bersamanya…aku masih juga bersikap seperti dahulu…namun pertemuan yang berlangsung selama satu setengah jam di bilik beliau yang bernombor PPL 43 pada 31 Mac 2009…memberikan perspektif yang baru dari aku terhadap diri beliau…beliau merupakan seorang yang bersifat terbuka dan juga seorang yang peramah…bagi diriku, selama hampir dua jam pertemuan tersebut banyak sebenarnya perkara menarik yang seharusnya dicungkil dari diri beliau namun aku tidak berjaya melaksanakannya seratus peratus…mungkin memandangkan perwatakan beliau yang sememangnya low profile dan banyak berahsia…dalam pertemuan itu beliau banyak kali mengingatkan ktorg (aku dan Mira) betapa pentingnya perubahan sikap untuk membina jati diri yang unggul di samping sikap mempertahankan bangsa, agama dan negara…beliau yang dimaksudkan di sini ialah Puan Jama’yah binti Zakaria yang merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi….jom kita kenali beliau dengan lebih dekat!!!
Tai Sui Great Duke Jupiter
5 years ago
No comments:
Post a Comment