Tuesday, March 31, 2009

Segala Tentang Diriku...

Mengenali si pemilik nama Siti Aishah binti Ramli pada permulaan mungkin sukar kerana dirinya agak pendiam dan pemalu tetapi sebenarnya tidaklah sebegitu…dia hanya akan petah berbicara apabila berada dalam kalangan rakan-rakannya…kadang-kadang dia juga dapat menghiburkan teman-teman dengan lawak jenaka yang diciptanya sendiri…hehe...kelakar ker??? Itulah diriku sebenarnya…ibarat pepatah ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’…aku dilahirkan pada 5 Januari 1986 di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Taiping, Perak…namun sejak usiaku 4 tahun aku telah berpindah ke petempatan felda dan kini aku menetap di Felda Lepang Nenering, Pengkalan Hulu, Perak…aku merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik…aku mempunyai seorang adik perempuan dan tiga orang adik lelaki…bapaku merupakan seorang Peneroka Felda manakala ibuku seorang suri rumah sepenuh masa…aku memulakan persekolahan pada peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering dari darjah 1 hingga darjah 6…aku menduduki UPSR di sekolah ini dan keputusan yang aku peroleh pada masa itu dalam kategori baik…seterusnya aku meneruskan persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5…sejak menjejakkan kaki ke alam menengah aku tidak lagi tinggal bersama keluarga kerana aku telah ditempatkan di asrama oleh bapaku…jadi aku banyak belajar menguruskan keperluan diri dengan sendiri...dari tingkatan 1 lagi aku telah belajar aliran agama dengan mengambil subjek Bahasa Arab Komunikasi…jadi apabila menduduki PMR aku mengambil 9 subjek kesemuanya…keputusan yang aku peroleh masih lagi dalam kategori baik…emak mencadangkan kepada aku supaya meneruskan persekolahan di sekolah teknik tetapi aku agak keberatan kerana aku sayang untuk meninggalkan kawan-kawan di sekolah itu lagipun aku sendiri juga tidak berminat dengan aliran teknik tersebut…jadi aku melangkah ke tingkatan 4 di sekolah itu juga…aku masih belajar dalam aliran agama dengan mengambil subjek Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan al-Quran dan Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah di samping subjek sains yang lain…jadi aku menduduki SPM dengan 11 subjek…keputusan peperiksaan SPM aku tidak melayakkan aku untuk menyambung pelajaran dalam bidang sains...huhu...jadi aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian ke tingkatan 6 di sekolah yang sama…selama satu tahun setengah di tingkatan 6 aku belajar aliran sastera pula…jauh dari aliran yang pernah aku belajar selama ni tapi aku tak kisah…aku belajar dengan bersungguh-sungguh dengan harapan untuk menjejakkan kaki ke menara gading…alhamdulillah dengan keputusan STPM yang agak membanggakan aku dapat melayakkan diri menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM)…di sini aku mengikuti Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) selama tiga tahun…kini aku berada di semester akhir…dalam masa kurang sebulan lagi kampus hijau ini akan aku tinggalkan dan insyaAllah pada bulan 8 nanti aku bakal bergraduat …banyak kenangan dan pengalaman yang telah aku kutip sepanjang pengajian aku di sini…semua pengalaman tersebut tidak akan dapat aku lupakan dengan sebegitu mudah…selepas ini aku akan melangkahkan kaki ke alam pekerjaan pula…aku sangat berharap untuk mendapatkan pekerjaan yang baik pada masa hadapan…harapan aku agar teman-teman dapat mendoakan kejayaan aku kerana aku juga akan turut mendoakan kejayaan kalian semua…insyaAllah…..

No comments:

Post a Comment