Assalamualaikum dan salam sejahtera…kat sini aku nak story sikit segala pengalaman yang dah aku dapat sepanjang mengikuti kursus BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia sem 6 ni…sejak semester satu, semua pelajar baharu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi khususnya Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu telah diberikan senarai-senarai kursus yang perlu diikuti sepanjang sem dari sem satu hingga enam. Kursus-kursus ini perlu diikuti oleh setiap pelajar untuk melengkapkan kredit bagi melayakkan untuk bergraduat. Ketika mendapat senarai kursus-kursus tersebut aku mula merasakan tekanan kerana aku memang mudah menghadapi tekanan…hehe…bukan apa aku ni sukar untuk bekerja di bawah tekanan. Aku mula melihat subjek-subjek yang akan dipelajari di universiti ini. Ada subjek teras, ada subjek elektif, ada minor, ada major…apa tu? Aku pun tak dapat nak pastikan pada masa tu…tapi nak tak nak, aku fikir aku tetap juga kena ambik…huhuhu…redha jelah…bila aku tengok senarai subjek-subjek tu, aku terpandanglah satu subjek ni…Bahasa Dalam Multimedia…apa tu? Kena ambik subjek IT gak ke? Dahla aku memang buta IT,hehe…bukan apa kat rumah aku dulu mana ada komputer jadi manalah aku tahu nak explore komputer ni. Tapi adalah masa kat sekolah dulu aku belajar komputer kat lab sekolah. Tu pun takut-takut lagi nak guna maklumlah benda-benda yang berkaitan dengan elektrik ni aku takut mudah meletup je,hehe…tu tanggapan aku masa dulu-dulu je sebab sekarang barulah aku tahu komputer ni memang kita kena guna sampai rosak pun…bak kata Dr. Arbaie Sujud masa dia take over jap kelas multimedia aritu,hehe…aku pun belajarlah dari sem ke sem, kadang-kadang ada sem yg ssh…ada sem yang senang, erm ada ke sem yg senang,hehe…aku rasa tak ada satu pun sem yg senang…hampir setiap sem aku ditimbuni dengan pelbagai tugasan, pembentangan, kerja luar dan macam-macam lagi…tu tak termasuk final exam lg…walau masa nak siapkan tu aku macam dah fed up tapi aku gagahkan juga diri untuk siapkannya, bukan apa setiap kali perasaan berputus asa datang aku akan segera teringat kat mak dan abah aku kat rumah yang mengharapkan kejayaan aku…alhamdulillah sepanjang lima sem ni aku dapat tempuhi semua subjek dengan baik..masa beredar kadang-kadang aku tak sedar, siang malam silih berganti…aku rasa hari-hari yang dilalui semakin cepat, kalau kat UPM ni minggu kuliah ada selama 14 minggu…14 minggu tu aku rasa aku lalui dengan begitu cepat sekali..sedar tak sedar kini aku berada di sem akhir..ha apabila tiba masa key in subjek, aku pun kenalah key in subjek Bahasa Dalam Multimedia ni…tu tak apalah nak tak nak pun aku kena ambik juga walau macam-macam bayangan kesukaran untuk menghadapi subjek ni yang aku bayangkan dalam fikiran ni..hehe…masuk jer sem enam, okey tak apalah tapi bila first day aku masuk kelas multimedia tu tekanan mula dirasa apabila yang mengajar pulak Dr. Normaliza..Mira cakap Dr. Normaliza ni jenis yang tegas dan nak kita ikut jer apa yang dia nak…maksudnya kalau dia nak kita siapkan tugasan yang diberi dalam kelas dalam masa dua jam…dalam masa tu jugaklah kita kena siapkan…huhu, maklumlah Mira projek paper bawah seliaan Dr. Normaliza…jadi dia tahulah macam mana sikap Dr…masa mula-mula bertemu muka dengan Dr. Normaliza dalam kelas macam-macam dia dah ingatkan kat ktorg semua…dia cakap kalau kelas pukul 12 kena sharp…tak boleh datang lewat walaupun 12.01 minit, huhu Dr. memang tegas tapi sepanjang mengikuti kelas dia aku tak pernah terlewat lagi..hehe…lagi Dr. ingatkan dalam kelas dia kena berpakaian kemas…selipar tak dibenarkan, lagi Dr. juga ingatkan tak boleh bising…bersembang dalam kelas dia hatta bunyi pen yang ditekan-tekan pun dia tak nak dengar…uih memang tegas dan garangla Dr. ni..takut gak kadang-kadang tapi sebenarnya Dr. ni kelakar jugak sebab kadang-kadang dia buat lawak yang menyebabkan ktorg satu kelas semua gelak,hehe…garang-garang pun tapi ada juga kelakarnya…tak sangka pulak aku…kiranya sapa yang tak kenal Dr…tak pernah kelas dengan Dr. akan anggap Dr. ni seorang yang serius sepanjang masa tapi walau dalam tekanan ktorg semua menyiapkan tugasan yang diberi oleh Dr. boleh dikatakan tiap-tiap minggu tapi sebenarnya aku enjoy buat tugasan dia…aku tak tahulah kawan-kawan yang lain…tension masa buat tu jer tapi bila dah keluar dari kelas dia semua kembali seperti sedia kala…hehe…tu la orang cakap tak kenal maka tak cinta…betul kan kata-kata ni??hehe…Dr. Normaliza jugak ingatkan ktorg kalau dalam kelas dia ktorg tak boleh dok barisan belakang…sapa yang dok baris belakang dia ambik nama…pastu dia nak budak tu minggu depan cari tempat dok kat depan plak…huhuhu…nasib sepanjang kelas dia port aku mesti kat depan…kat baris depan sekali…hehehe…di samping menghadiri kelas pada setiap hari Rabu jam 12 tengah hari ktorg sume juga mesti mengikuti kelas amali yang dibahagikan kepada tiga group…aku pilih mengikuti amali pada setiap hari Rabu jam 8 malam…ala malamlah plak tapi biasa jer, saja aku pilih kelas malam sebab nak rasa suasana yang berbeza,hehe lagi satu kalau malam ni boleh bebas sikit…bebas apa tau tak?hehe bebas berpakaian jer pun…kadang-kadang pakai seluar track jer pegi amali,hehe…hebat kan ktorg…erm amali ini dikendalikan oleh Cik Nurul Azima, tutor di FBMK..Cik Nurul ni plak okeylah…dia tak adalah banyak cakap yang pasti tugasan yang dia bagi mesti disiapkan…amali dengan Cik Nurul ni tak adalah stress sangat sebab dia pun lembut jer…dengar-dengar lagi dua kelas amali yang dikendalikan oleh Cik Alia stress sikit sebab diorg cakap Cik Alia garang,hehe aku pun tak pastilah sebab diorg yang cakap lagipun aku tak pernah ikut kelas amali dengan Cik Alia…eh tak pernah ke?erm pernahlah…ada sekali tu Cik Alia take over kelas amali…mungkin masa tu Cik Nurul ada hal lain..nak dijadikan cerita ktorg kebanyakan budak-budak KTDI keluarlah tunggu bas FBMK macam biasa…ni nak pegi kelas amalilah, ktorg ingat Cik Nurul malam ni…macam selalu-selalulah…tak apalah bila sampai kat tempat bas tu memang ada bas dengan pemandu sekali ada…tak apalah ktorg pun naiklah bas tu…tunggu punya tunggu jam dah dekat kul8, Pah selaku ketua ktorg pun cakaplah ngan abang bas tu yang ktorg kelas tak boleh masuk lambat…kononnya nak mintak dia gerak awallah tapi boleh pulak abang bas tu bergayut dekat telefon…kalau dah bergayut ni mestilah dengan awek or wife dia ke…tak kan dengan mak dia plak kan…ktorg dalam bas dah gelisah, takut nak masuk kelas lambat tapi abang bas tu still bergayut lagi…aduhh tension betul, dalam hati dah menyumpah-nyumpah…nak jer aku pancitkan tayar bas tu tapi nanti macam mana dia nak anta ktorg plak,hehe…tak apalah ktorg tunggu lagi…tapi memang dah pukul 8 masa tu, ktorg terpaksa redha jer ngan apa yang nak jadi jap lagi…sambil-sambil tu ktorg doa moga Dr. Normaliza tak datang jenguk kelas amali malam ni…kalaulah Dr. datang memang tempah nahas ktorg..sebab Dr. dah ingatkan dia tak suka pelajar datang lambat kelas dia…okey tak apalah ktorg tunggu lagi abang bas tu tapi dalam hati memang dah resah gler…nak jalan kaki lagi ktorg fikir tak sempat, ntah-ntah pukul berapa nak sampai kat Sanggar Bahasa…ha ni satu lagi masalah ktorg, kelas amali ktorg nun jauh di Sanggar…dekat dengan kubur plak tu,huhu..kalau jalan memang akan berpeluhlah ketiak ni,hehe…tak lama pastu bas pun geraklah…gerak punya gerak ktorg pun sampailah kat fakulti…turun-turun jer bas berlari-lari ktorg berkejar ke Sanggar…Makmal Cyber 1 plak kat tingkat satu, aduh kena naik tangga plak…daki punya daki sampailah ktorg kat depan pintu Makmal Cyber 1…ktorg terus masuk…pastu jeng…jeng…jeng…alamak sapa ni? mana Cik Nurul? ktorg tertanya-tanya..pastu ada kawan-kawan cakap ni Cik Alia yang digembar-gemburkan garang tu…ktorg dah rasa cuak…apasallah time ni jugak dia nak take over kelas..time ktorg lambat datang…aduh!!!memang malang nasib ktorg malam tu…tak apalah masa sampai tu Cik Alia tengah check adobe photoshop budak-budak lain yang ada kat dalam kelas…dia mintak ktorg berdiri kat depan sambil memikirkan 15 alasan setiap seorang tetapi yang berbeza-beza…apa ni Cik Alia?dalam hati geram jugak masa tu…malang bertimpa-timpa malam ni…tak apa ktorg fikir jugak alasan yang nak bagi kat dia jap lagi..sambil tu dia check kalendar budak-budak ni…check plak sorg-sorg,dia pergi ke komputer setiap orang…alamatnya ktorg ni memang kena berdiri lamalah…aduh lenguh jugak kaki ni, dah la tadi terkejar-kejar…masuk dalam kelas kena berdiri…tak apa sabar-sabar…dari meja ke meja Cik Alia berjalan…yang ktorg kat depan ni terpaksalah tunggu dengan sabarnya…tunggu..tunggu..punya tunggu last-last habislah semua kalendar budak-budak ni Cik Alia check…Cik Alia pun pergilah ke meja dia kat depan, terus dia tanya alasan setiap sorang kat ktorg…semua pun cakaplah…tapi yang paling banyak bersuara Kak Zura dengan Pah…akhirnya Cik Alia cakap ha yang dua orang ni boleh masuk, ala bestnya Kak Zura ngan Pah dah lepas…erm tinggallah ktorg jer lagi…ktorg pun cakaplah ramai-ramai…macam-macam alasan ktorg bagi…lama jugak ktorg kat depan masa tu, cakap punya cakap…bagi punya bagi macam ktorg ni kurang ajar plak…yela Cik Alia cakap sepatah mesti ktorg menjawab tapi bukan niat ktorg nak melawan cakap Cik Alia…ktorg cuma nak menegakkan kebenaran…nak cerita sebab ktorg lambat sampai ke kelas amali…kalau Cik Alia rasa ktorg ni kurang ajar…ktorg minta maaf yer Cik Alia…maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki…last-last Cik Alia pun benarkan ktorg balik ke tempat duduk masing-masing…terima kasih Cik Alia…pastu kelas senyap jer…mungkin Cik Alia terasa kot dengan sikap ktorg…Cik Alia tak datang pun check ktorg punya kalendar…lama jugak ktorg tunggu, dekat setengah jam jugakla ktorg tunggu…akhirnya Cik Alia pun bangun bergerak ke meja-meja yang dia tak check lagi…erm macam tu la kisahnya satu malam yang agak malang…pastu tau la ktorg yang Cik Alia ni anak Dr. Normaliza rupanya…ooo…yeke…patutla garangnya nak sama jer,hehe…maaf yer Dr…maaf yer Cik Alia…tapi saya tau hati Dr. dan Cik Alia sangat baik…saya tau Dr. dan Cik Alia nak mendisiplinkan ktorg…maaf atas segala perbuatan dan sikap ktorg yang tak menyenangkan Dr. dan Cik Alia…erm lagi sepanjang mengikuti kelas dan amali untuk subjek Bahasa Dalam Multimedia ni bagi aku sendiri banyak sangat pengalaman yang aku dapat kutip…kebanyakannya mestilah berkaitan dengan IT dan Multimedia..aku rasa sekarang banyak jugaklah ilmu berkenaan IT yang aku belajar…dulu aku tak tau pun apa itu adobe photoshop…aku cuma pernah dengar jer perkataan tu tapi nak guna aku tak tau macam mana…sekali fikir malu jugak bila tak tau hal-hal macam ni, yelah semua ni penting untuk kita menghadapi cabaran globalisasi pada masa akan datang,hehe…pandai pulak aku berkata-kata…hehe tapi memang betul pun kan…lagi aku jugak belajar macam mana nak menghasilkan sebuah kalendar…nak masukkan gambar dalam kalendar tu, nak edit sini nak edit sana…semuanya aku belajar bila aku belajar subjek ni…masa mula-mula nak buat kalendar dengan menggunakan adobe photoshop tu betapa susahnya aku nak buat…bukan apa aku ni sebenarnya tak kreatif…aku tak pandai nak explore lebih-lebih sebab aku tau aku tak pandai nak guna jadi mula-mula aku buat ala kadar jer…aku tak tau macam mana nak terangkan gambar, nak gelapkan gambar yang kita nak letak dalam kalendar tu…tapi sampai satu hari tu Mira ajak aku pergi bilik Cik Pah nak tanya dia macam mana nak buat bagi cantik kalendar tu…Cik Pah pun ajarlah macam tu, macam ni…erm rupanya memang banyak benda yang aku tak tau…kalau Mira tak ajak aku pergi jumpa Pah tanya dia mesti aku akan terus tak tau benda-benda macam ni, balik bilik aku cuba buat macam yang Pah ajar…sikit-sikit nampaklah cantik dari yang mula-mula aku buat tadi,hehe…thanks Pah di atas tunjuk ajarmu…aku amat menghargainya…ktorg diberi masa selama 4 minggu untuk menyiapkan kalendar ni termasuk dengan print sekali…selama ni senang jer kita tengok kalendar-kalendar yang dihasilkan tapi kita tak pernah nak tau macam mana cara nak buat…dengan mempelajari subjek ni aku betul-betul telah memperoleh pengalaman berharga…pasni aku nak buat sendirilah kalendar-kalendar untuk tahun-tahun akan datang…senang sikit, aku tengok pun mesti puas hati sebab hasil tangan aku sendiri…hehe…tak apa pelan-pelan aku akan hasilkan nanti…insyaAllah…sekarang bila tengok kalendar yang ada atas meja aku ni aku rasa cukup puas hati…nanti aku nak bawak kalendar ni balik rumah…aku nak tunjuk kat keluarga aku…hehe…ni lah mak abah yang anakmu belajar kat sini…adik-adik akak nanti akak ajar korg plak yer…ha baru aku teringat masa nak anta kalendar yang nak print tu ktorg kena pergi satu kedai ni jer…nama kedai ni Syarikat Perniagaan Serdang…Cik Nurul dah syorkan satu kedai ni jer…pastu Dr. Normaliza pun cakap tauke dan pekerja-pekerja di kedai ni dah kenal dengan dia jadi kalau kita anta kat kedai ni akan dapat harga student la sebanyak RM27…erm okeyla lagi pun tuan kedai tu sendiri cakap selalu dia letakkan harga RM30 untuk satu kalendar…tak apalah yang tu, nak dijadikan cerita kedai ni plak kat belakang masjid UPM ni jer…ktorg kalau tak naik bas nak ke kedai tu, ktorg terpaksa berjalan kaki…nak kata jauh tu tak la tapi kalau berjalan memang berpeluhla…aduhai…ha sebelum tu Cik Nurul dah ingatkan ktorg kena tunjuk dulukalendar kat dia sebelum pergi print jadi ktorg pun tunjukla…pas Cik Nurul tengok dia dah luluskan baru ktorg nak anta pergi print, kalau tak silap aku hari aku ngan kawan-kawan tunjuk kalendar tu kat Cik Nurul hari Sabtu jadi aku pun terfikirlah kedai buka ke hari ni…tak apalah ktorg buat keputusan pergi hari Ahad, esoknya…kalau tak buka pun ktorg redha sebab sekurang-kurangnya ktorg dah berusaha untuk pergi tengok…erm esoknya pagi dalam pukul 10 aku ngan Mira pun bergerak ke fakulti…ingat nak tunggu bas Rapid kat depan fakulti…tunggu punya tunggu bas pun sampailah, ktorg pun naik…jap jer dalam bas tu, tak panas lagi ‘bontot’ ktorg dah tekan loceng nak turun…yela dekat sangat kalau naik bas cuma jalan kaki jer jauh sikit…bila ktorg turun jer bas betul-betul depan kedai tu…ktorg tengok kedai tu tutup…huhuhu…malang betul nasib ktorg tapi tak apalah sebab ktorg dah cuba…pastu aku cakap kat Mira aku nak pergi Maybank…kalau dah dekat SS besar ni dah tak jauh…jadi ktorg pun berjalan ke Maybank…huhu…sebenarnya jauh jugak…ktorg lalu depan Sek. Men. Sri Serdang, depan Maulana Foodcourt…jauh sebenarnya tu..sampaila kat Maybank, pas dah bawak kuar duit aku pun cakapla kat Mira yang pintu pagar SS kecik buka kot arini…jadi aku cadangkan kat Mira lalu ikut sana jer…jalan punya jalan nak dekat sampai dah ngan pintu tu aku nampak pintu tu tutup…huhuhu…malangnya, dah la cuaca pun panas masa tu…kemudian ktorg fikir macam mana nak masuk dalam kawasan UPM..pastu aku teringat satu pintu pagar depan bangunan akademik yang baru…aku tau pintu tu tak buka hari Ahad tapi setahu aku ada satu jalan kecil tepi pintu tu…tak apalah aku cakap kat Mira kita kena cuba, kalau tak kita terpaksa patah balik ikut jalan jauh tadi..huhu…sambil berjalan nak cari jalan kecil tu aku berdoa moga memang ada jalan kecil tu…tiba-tiba dari jauh aku nampak seorang pak cik ni berjalan menuju ke arah yang sama, maksudnya pak cik tu pun nak masuk dalam kawasan UPM…pastu aku nampak pak cik tu lepas ke sebelah sana, maksudnya jalan kecik tu memang ada lagi…alhamdulillah selamat kami sampai dalam kawasan UPM..dah masuk dalam kawasan UPM dah tak ada apa-apa masalah lagi, ktorg cuma perlu jalan jauh dari jalan kecik tu nak sampai ke bus stop…tak apalah ktorg berjalan, lalu ikut DKAP..jalan punya jalan sambil bersembang-sembang dengan Mira tiba-tiba satu kejadian yang amat kelakar terjadi…nak tau nape?hehe…Mira jatuh sebab terpijak air yang bertakung atas simen…hehehehe…mula-mula aku tak nak gelak tapi tengok Mira yang gelak macam nak pecah perut aku pun ketawa terbahak-bahak juga…kesian Mira tapi yang kelakarnya aku memang tak sedar masa Mira jatuh, sambil-sambil bersembang aku tak sedar Mira dah jatuh kat belakang aku tapi yang lagi kelakarnya Mira jatuh sangatlah comel sebab kaki dia berlipat cantik jer…hahahaha…lawak betul…pastu aku pun angkatla Mira, ktorg jalan lagi terus ke tempat bas…sambil berjalan pun ktorg masih ketawa…hehehe…dah naik bas, dah sampai kolej ktorg rasa dah selamat…tapi memang kejadian yang sungguh mencuit hatilah apa yang berlaku ni walaupun memang satu pengalaman yang memenatkan…asalnya ktorg cuma nak pergi anta kalendar kat kedai jer…kalendar hasil pembelajaran ktorg dalam kelas Bahasa dalam Multimedia…hehe…tapi tak sangka plak dengan apa yang jadi ni…hehe…nak tak nak ktorg terpaksalah anta kalendar tu kat kedai print ari Isnin jugak, sebelum ni ktorg kalut-kalut nak anta sebab takut ramai jer yang anta kalendar kat kedai tu nanti…maklumlah satu kedai tu jer lagipun ramai pelajar kelas ni…takut tak sempat dapat balik kalendar and takut ktorg tak dapat anta kat Cik Nurul dalam masa yang dia tetapkan…..tapi last-last masalah ni setel, tunggu punya tunggu ktorg dapat balik kalendar tu hari Rabu…malam tu ktorg anta kat Cik Nurul…alhamdulillah selesai satu keje…erm aku nak story plak keje-keje yang kena buat dalam kelas multimedia tapi nasib keje-keje ni ktorg buat dalam group…kalau dalam kelas amali markah individu, dalam kelas ni maksudnya masa kuliah markah diambil secara berkumpulan…group aku ada enam orang, ikut Dr. Normaliza tak boleh lebih…tak boleh kurang, jadi aku pun ber’group’ la dengan Kak Zura, Nad, Okina, Cik Pah, Ain dan aku dan group ktorg diberi nama D’LIMA…
hehehe…sepanjang 14 minggu berkuliah dalam kelas ni aku buat keje sama-sama ngan diorg ni la…erm diorg ni okeyla…boleh bertolak ansur, bekerjasama and apa-apa idea mesti ktorg kongsi bersama…pendek kata diorg ni sume bestla...cayang korg,hehehe…dalam kuliah ni kadang-kadang Dr. akan berkuliah…kadang-kadang Dr. buat aktiviti tapi yang selalu aku harap Dr. berkuliahla sebab kadang-kadang kuliah Dr. sejam jer jadi bolehla balik awal…hehe…tapi sepanjang 14 minggu ni sekali jer ktorg dapat balik awal, tu la orang cakap kalau niat pun dah tak baik jadi macam tu la kan… huhuhu..tak apalah aku tak la ambik kisah sangat…yang penting aku nak enjoy dalam kelas ni jadi bila Dr. jalankan aktiviti tak la rasa ngantuk…aktiviti pun okey tapi yang bestnya Dr. trick ktorg ni macam budak-budak tadika tau…yela cuba bayangkan ktorg kena mewarna, melukis pastu duduk plak dalam kumpulan-kumpulan kecik, bersila atas lantai plak tu…tak ke macam budak tadika tu?hehe…tapi seriously aku tak kisah pun yang penting aku happy ngan aktiviti yang ktorg buat…hehehe…kalau tak silap aku first week ktorg masuk kuliah Dr. berkuliah rasanya…sambil Berkuliah Dr. berpesanla undang-undang kelas dia…hehe…mula-mula takut jugak sebab Dr. memang nampak tegas tapi macam aku story sebelum ni walau Dr. Nampak garang tapi dia kelakar jugak…ha satu lagi kuliah Dr. ni pelik sikit sebab bila dia tayang slide dia tak nak ktorg salin…maksudnya bukan dia tak nak ktorg salin tapi dia cuma takut ktorg tak sempat salin…dia tukar slide aduhai…bukan main laju…memang tak berdayala tangan kalau nak salin…nak tau Dr. buat macam mana…apa yang dia suruh ktorg buat…dia suruh setiap group sediakan satu kamera pastu kena tangkap gambar slide yang kat depan tu…wah dasyat betul…ala nama pun kelas multimedia jadi tak salahkan guna teknologi yang ada macam kamera…hehe…okeyla kalau macam tu sebab tangan pun tak adala lenguh nak menyalin jer…hehe…ha satu lagi bila dah abis sume slide dia tayangkan dia akan tutup slide kat depan pastu dia sebut satu-satu nama kumpulan pastu dia tanya soalan berdasarkan slide tadi…aduhh!!!tanya soalanla plak pastu kena cepat plak tu bangun and jawab…kalau lambat dia pass kat kumpulan lain soalan tu…stress betul…hehehe…stress masa tu jela…ha lagi satu Dr. pesan sambil nak angkat tangan untuk jawab tu mesti serious…tak boleh senyum-senyum…hehe…macam ni pun ada jugak ke…kalau dia tengok kita senyum-senyum terus dia pass soalan tadi kat group lain…erm group aku adalah sekali kena masa Pah nak angkat tangan nak jawab…Pah tersenyum, mula-mula dia dah nak bagi tapi bila dia tengok Pah dah senyum terus dia cakap ‘senyum…tak boleh’ terus dia bagi kat group lain…hehe…kelakar betul bila aku teringat sal ni..sebelum aku terlupa sal tangkap gambar slide tadi, masa Dr. Arbaie take over kelas…yang ktorg ni dah terbiasa tangkap gambar slide jadi masa Dr. Arbaie tengah bagi kuliah ktorg pun tangkapla gambar..mula-mula Dr. Arbaie tak kata apa-apa…aku fikir mungkin dia faham macam tu cara Dr. Normaliza tapi dah pertengahan kelas sikit..Dr. Arbaie tanya kenapa tangkap gambar? ktorg pun cakapla macam tu stail Dr. Normaliza masa dia bagi kuliah…Dr. Arbaie pun mengangguk dan tak lama kemudian dia cakap kalau boleh ambik gambar nota kat slide sudahla jangan sampai ambik gambar dia plak…hehehe…erm yang Dr. Arbaie take over kelas ni dia cakap pasal penghasilan papan cerita (website)…okeyla kelas dia tapi yang aku tak tahan ngantukla…yela Dr. Arbaie cakap tak berhenti-henti…yang ktorg kat kerusi ni dah tak senang duduk…nak bermesej pun duduk depan takut dia perasan plak…hehehe…masa dia ajar pasal papan cerita ni, first kelas dia ajar dia suruh ktorg buat sendiri papan cerita berdasarkan kuliah yang dia dah bagi…tak apalah balik tu ktorg pun buatla…masa tu kelas dia ari Rabu…dia suruh anta kat dia ari Selasa depan sebab ari Isnin cuti pastu ari Rabu bolehla dia komen…tak apalah ktorg pun antala macam mana dia nak..ari Rabu tu sure-sure ktorg ingat Dr. Arbaie yang take over kelas…rupanya Dr. Normaliza yang masuk…yela mula-mula Dr. Arbaie cakap dia nak ambik kelas sampai dua minggu jadi minggu tu ktorg ingat dia lagila…tapi nasib baik tak masuk lambat kelas Dr. Normaliza tu…kalau tak mesti dah kena denda,hehe…cakap pasal denda teringat kat satu group budak laki ni…diorg datang lambat, masuk-masuk kelas tengok Dr. Normaliza dah ada…apa lagi Dr. pun suruhla diorg berdiri dekat depan…lama gak diorg berdiri sebab kalau tak silap masa tu Dr. tengah cakap kat telefon…pas abis cakap kat telefon Dr. mintak diorg ni buat pantun dua kerat pastu cakap kat depan tapi yang bestnya pantun yang tak pernah didengar lagi..hehe…kelakar betul…nasib diorg ni sume sporting…ha sambung balik sal Dr. Arbaie tadi…minggu depannya baru dia take over balik kelas…dia pun komenla pasal papan cerita yang ktorg buat tu…rupa-rupanya dia tak puas hati…tengok muka dia masa tu seriousla…takut gak…yela salah ktorg jugak sebab tak dapat nak puaskan hati Dr. Arbaie dengan tugasan ktorg…maaf Dr….tapi last-last Dr. Arbaie cakap dia tak akan bagitau Dr. Normaliza pun hal ni…hal ni hal dia ngan ktorg jer…hmmmm…..lagi masa dalam kelas Dr. Normaliza adalah sekali tu ktorg kena bawak majalah, moulting board, reben, gunting and apa-apa lagila…kan aku cakap tadi bahan-bahan macam untuk budak-budak kat sekolah tadika jer kan…hehe…bila dah masuk dalam kelas tu ktorg pun tertanya-tanyala nak buat apa dengan barang-barang tu…Dr. Normaliza bagi arahan supaya ktorg gunting iklan dari majalah pastu tampal atas moulting board…tampal ni plak bukan boleh suka-suka hati…arahan Dr. supaya ktorg sesuaikan iklan tersebut dengan asas-asas grafik iaitu kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks..ktorg kena ikut asas-asas ni lah masa tampal iklan tu…okey tak apalah ktorg pun buatla dengan tekunnya…pastu Dr. ingatkan ktorg kena siapkan tugasan tu sebelum pukul 2…dia tak akan terima tugasan yang lewat dari tu jadi ktorg pun kenalah buat dengan cepat-cepat…tapi memang tertekanla nak siapkan tu…huhu…dah la nak tampal iklan tu kat moulting board pun kena cermat..Dr. tak nak tengok ada kesan gam kat atas moulting board tu pastu plak dia jugak tak nak tugasan tu kotor…kalau tak dia tak akan terima tugasan tu…huhu…setelah ktorg bertungkus lumus akhirnya siap jugak tugasan tu…masa tu dah dekat pukul 2 jadi Pah selaku ketua kumpulan pun ambik tugasan tu dan berlarilah Pah ke bilik Dr. nak anta tugasan tu…nasib baik kumpulan lain pun lebih ktorg jugak dapat siapkannya…akhirnya sempat jugak ktorg anta dan Dr. terima tugasan tu…alhamdulillah…minggu berikutnya plak ktorg disuruh oleh Dr. Normaliza bawak satu laptop setiap group…erm apa plakla tugasan kali ni…huhu…masuk jer dalam kelas setiap ketua kumpulan kena pergi ke depan untuk cabut undi tugasan yang ktorg kena buat..Pah pun pergilah cabut undi…cabut punya cabut ktorg pun dapatla tajuk ‘cerita fiksyen binatang dan kanak-kanak’…aduh tengok tajuk macam susah jer…pastu Dr. terangkan kat ktorg yang ktorg kena buat satu karangan mengikut tajuk yang dah dicabut…setiap group tak dapat tajuk yang sama…semua lain-lain…lagi Dr. ingatkan ktorg tak boleh surf internet untuk cari maklumat…ktorg kena keluarkan idea sendiri…huhu…tau ajelah Dr. Normaliza, dia akan tau kat mana jer kalau kita cari maklumat…jadi tak dapatla kita nak menipu dengan cari maklumat kat internet…huhuhu…erm lupa plak ktorg kena buat karangan tu lapan muka surat…tak boleh kurang daripada tu…lapan muka surat??aduh banyak tu…huhuhu…pastu macam biasalah ktorg mesti siapkan tugasan tu dalam kelas jugak…macam biasa sebelum pukul 2 mesti dah sampai ke tangan Dr….tapi tugasan ni lain sikit…ktorg kena anta ke email Dr. la plak…huhu…memang memanfaatkan penggunaan IT sepenuhnya…huhu…tak apa sebab sekurang-kurangnya ktorg belajar…pastu ktorg pun dengan bertungkus lumus dan bersusah payah mengeluarkan idea untuk menghasilkan karangan tu…sakit kepala ni bila asyik sangat perah ingatan…huhu…akhirnya siapla tugasan tu…masa nak anta kat email Dr. plak wireless dalam kelas tak okey jadi ktorg kena pergi kat Latar Siswa…anta email kat situ…nak anta plak timbul masalah jugak sebab email tu macam tak lepas tapi tak apa ktorg cuba jugak…last-last sekali baru dapat anta tapi masa tu dah pukul 2.15…harap-harap Dr. dapatla terima tugasan ni…doa ktorg dalam hati…pastu ktorg pun balikla…perut pun dah lapar maklumlah dah lewat betul untuk makan tengah hari ktorg…tak apa yang penting tugasan ktorg dah siap…hehe…erm pastu minggu depannya ktorg tengok kat board depan bilik Dr. ada senarai group yang kena buat balik tugasan tu tapi ada jugak group yang Dr. suruh anta tugasan tu balik dalam Microsoft 2003 sebab ada group yang anta dalam Microsoft 2007…komputer Dr. tak dapat nak baca…mungkin ada yang tak kenala kot tapi nasib group ktorg okey…alhamdulillah…lagi sepanjang aku mengikuti kelas Bahasa Dalam Multimedia ni, ktorg satu group kena buat power point…dalam power point tu ktorg kena letakkan gambar-gambar yang ktorg ambik sendiri…kira dalam power point tu nanti ktorgla yang jadi model…hehehe…tapi bukan sebarang gambar sebab ktorg kena ambik gambar berdasarkan peribahasa…huhu…bukan senang sebab ktorg kena ambik gambar dengan aksi mengikut peribahasa tu tapi biasala mula-mula jer ktorg rasa macam susah tapi bila dah mula buat rasa macam seronok plak…yela mana taknya ambik gambarla katakan, gambar sendiri plak tu…hehehe…mula-mula sekali gambar yang ktorg tangkap kat sekitar fakulti jer…dengan berbaju kurung pastu dengan cuaca yang panas plak…ktorg sabar jela tapi masa tu tak banyak gambar yang ktorg dapat ambik sebab tak dapat nak sesuaikan dengan peribahasa…jadi petang esoknya ktorg plan nak tangkap gambar lain tapi kali ni kat kolej jer…kat Kolej Tun Dr. Ismail yang tersayang ni lah memandangkan semua ahli group aku dok kat kolej ni…petang tu ktorg pun bergambarla kat sekitar kolej…macam-macam aksi ktorg buat…aku namakan tugasan yang ktorg buat ni kerja gila-gila…hehehe…nak tau sebab apa?sebab ktorg memang dah gila pun…hahahaha…cuba bayangkan ada satu aksi tu dengan Nad sebagai modelnya dia kena panjat pokok…hehehe…pastu kena buat aksi macam kera dapat bunga…bayangkanlah dengan duduk atas pokok, dengan kepit bunga di mulut…tak ke gila namanya tu…hehehe…pastu ada satu aksi ktorg sesuaikan dengan peribahasa usaha tangga kejayaan…ktorg ni kenalah buat gaya merangkak mendaki tangga..kononnya nak tunjukkan usaha ktorg mendaki tangga dari bawah hinggalah sampai ke tangga paling atas…tapi yang kelakarnya tangga yang jadi lokasi tu dekat dengan jalan raya…jadi banyakla kenderaan yang lalu…ada satu bas bila lalu dia bunyikan hon..hehehe….mungkin dia pelik tengok ktorg dok buat apa…hehe..tergelak ktorg masa dia bunyikan hon tu…moto-moto yang lalu pun dok pandang-pandang ktorg jugak tapi ktorg buat ‘derk’ jer…
Ala diorg yang lalu pun bukan kenal ktorg pun jadi apa ktorg nak kisah…hehehe…tapi sesi bergambar petang tu tak lama sebab masing-masing dah penat jadi ktorg abis awalla…ktorg rasa gambar yang ktorg ambik dah cukup untuk buat power point tu…okey tak apa la yang tu..minggu depannya hari Selasa kalau tak silap aku Pah bagitau yang ktorg kena ambik gambar lagi sebab gambar yang ambik minggu sebelumnya tu kebanyakan semua tak jadi…huhuhu…kena ambik lagi ke…penatnya…nak tak nak petang Selasa tu ktorg kumpul semua kat kolej untuk ambik gambar lain…tunggu punya tunggu cuma Nad sorg jer tak dapat joint sebab dia ada hal lain..tak apalah ktorg ambik gambar berlima jelah…erm petang tu semua gambar menjadi…alhamdulillah…tapi yang masih aku teringat sampai sekarang ada satu gambar tu ktorg sesuaikan dengan peribahasa angan-angan Mat Jenin..yang jadi model dalam gambar tu aku…huhu…apa yang aku kena buat aku kena panjat pokok kelapa tapi sikit jer aku panjat sebab kat pokok kelapa tu dah ada takuk yang boleh dipijak…pastu plak masa diorg nak ambik gambar aku tu diorg letak sebiji buah kelapa kat depan kamera tu…kira dalam gambar tu gambar aku nampak…gambar buah kelapa pun nampak tapi bila dah tengok gambar tu aku jadi suka kat gambar tu…aku rasa gambar tu original sangat sebab muka aku dalam gambar tu pun serious…hehehe…cuma yang aku fikirkan aku rasa segan nak masukkan gambar tu dalam power point sebab nanti sebab satu kelas akan tengok gambar tu nanti…aku fikir mesti diorg akan gelakkan aku nanti..huhuhu..tak apalah aku cakap sebab bukan selalu aku buat kerja-kerja pelik macam ni…hehehe..sesi mengambil gambar petang tu berjalan dengan lancar…cuaca pun okey memudahkan kerja ktorg...nak dekat malam banyak gambar yang cantik-cantik jadi…ktorg rasa gembira sangat…ktorg harap gambar yang ktorg ambik kali ni memang betul-betul jadi sebab esok dah nak bentang power point tu dalam kelas…power point pun tak buat lagi ni…sesi bergambar petang tu abis bila azan Maghrib berkumandang…malam tu plak ktorg mesti kena siapkan power point…
Ktorg buat kerja tu kat bilik Kak Zura…mula-mula ktorg just pilih gambar jer yang nak dimasukkan tapi tak lupa mesti sesuai dengan peribahasa..buat punya buat ktorg tak sedar yang jam dah menunjukkan pukul 12 lebih…jadi Pah, Okina, Ain yang dok kat blok lain kena balik dulu…tinggal aku ngan Kak Zura siapkan sampai abis tapi dah tak banyak pun sebenarnya sebab tinggal nak masukkan lagu jer lagi dengan effect dan transition…aku masa tu dah rasa ngantuk tapi tak kan aku nak biar Kak Zura setelkan kerja sorang-sorang…lepas satu, satu ktorg buat…akhirnya power point siap dengan lagu apa semua…aku dengan Kak Zura pun test la pasang power point tu tapi timbul plak masalah bila ktorg punya power point tu ambik masa yang agak lama…ktorg kena pendekkan masa sebab pesan Dr. ktorg kena tayangkan slide tu dalam masa 7 minit jer…jadi terpaksalah ktorg cut yang mana patut…lepas cut ktorg try tayang ngan bajet masa lagi…buat punya buat akhirnya siaplah power point tu dalam masa yang macam Dr. nak…alhamdulillah siap jugak kerja ktorg…masa tu dah dekat pukul 3 pagi jadi kerja pun dah siap aku pun naik bilik nak tidur…dah tak larat sangat rasa badan masa tu…esok cuma pergi present jer power point yang ktorg dah bertungkus lumus siapkan tadi..letak-letak jer kepala memang lenalah aku sampai pagi…tapi hati aku senang sebab kerja dah siap…hehe…alhamdulillah…banyak sebenarnya pengalaman yang dapat aku kutip sepanjang kelas dengan Dr. Normaliza ni…dalam kelas dia lagi ktorg kena buat e-Majalah…minggu tu Dr. mintak setiap group bawak pensil warna, kertas lukisan…hehehe…macam budak tadika kan?tapi tak apa sebab aku dah makin suka buat benda-benda ni…nak dijadikan ceritanya bila ktorg kena melukis plak…aduh dah la aku memang tak pandai bab lukis-lukis ni,huhu…tapi dalam group ktorg Nad ngan Okina pandai lukis…cantik lukisan diorg…hehe…pastu Dr. mintak setiap group fikirkan tema yang sesuai untuk e-Majalah tu…fikir punya fikir ktorg pun sepakatla buat tema sal wanita…kalau dah namanya wanita macam-macamla yang boleh ktorg story..tapi story memangla senang…nak lukis tu macam mana plak?huhu…tak apa usaha itu tangga kejayaan…hehe…dalam tema sal wanita ni ktorg buat pasal fesyen, aksesori, diet seimbang, grooming, kerjaya dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan wanita…ktorg pun buat jer la…tapi yang bestnya kertas lukisan yang Dr. suruh bawak tu enam helai jadi terpaksala ktorg lukis sehelai sorg…pastu kertas lukisan tu plak kena lipat dua..jadi semua ada empat muka surat yang ktorg kena lukis…aduh memang tension…tambah-tambah ngan aku ni yang tak pandai lukis tapi aku usaha jugak untuk lukis sebab aku tengok budak-budak lain pun lukis jer walau lukisan diorg tak cantik…hehehe…tak adalah aku gurau-gurau jer…masa lukis tu kalau ada gambar yang aku tak pandai aku akan mintak tolong Nad…yela nama pun kerja kumpulan jadi kenalah tolong menolong…yer tak? berat sama dipikul ringan sama dijinjing…kan Nad? hehehe…macam biasalah tugasan ni pun sebelum pukul 2 jugak mesti sampai ke tangan Dr…lepas dah abis sume lukis ktorg kena warna plak lukisan tu…kalau warna aku rela lagi dari melukis…hehe…dah abis warna ktorg pun combinela lukisan-lukisan tu menjadi seperti majalah…walau tak sempurna macam majalah yang ada kat pasaran tapi ktorg puas bila tengok hasil usaha ktorg selama hampir dua jam berhasil…yahoo!!!akhirnya berjaya jugak ktorg siapkan tugasan ni…minggu berikutnya plak ktorg kena buat iklan billboard…apa tu billboard??aku pun tak pasti sebenarnya…tapi mengikut kata Dr. Normaliza iklan billboard ni selalu ada kat tepi-tepi highway atau jalan raya…mengikut Dr. lagi ada iklan billboard tu yang tak ‘bergerak’…ada jugak yang ‘bergerak’..dari penerangan Dr. tu aku rasa aku dapat bayangkan macam mana iklan tu sebab aku kan selalu naik bas balik kampung…masa dalam bas pun bukan aku tidur jadi bila aku pandang luar kadang-kadang nampak jugak iklan yang besar-besar ni…mungkin yang tu lah kot…erm harap betullah tekaan aku tu…masa Dr. bagi contoh dia bagi contoh iklan billboard mini cooper…perubahan dari tahun ke tahun…jadi pastu tugas ktorg kena fikirkan satu iklan yang tak ada lagi kat Malaysia ni…aduh!!!Dr. tak nak iklan yang dah sedia ada…kira ktorg kena imaginasikan iklan tu…fikir punya fikir ktorg pilih lampu sebagai model iklan billboard group ktorg…ahli dalam group pun ada enam orang jadi setiap orang kena buat satu…mula-mula sekali ktorg buat draf dulu…ktorg bincang macam mana nak buat perubahan iklan tu dari tahun ke tahun…pastu Dr. mintak ktorg tunjuk apa yang ktorg lukis tu kat group lain…ni bertujuan untuk memastikan sama ada diorg tahu tak apa yang ktorg lukis tu…hehehe…yela..mana tau kita lukis botol air tapi diorg nampak macam benda lain…hehe..macam mana tu?bila dah tanya group lain dan diorg pun paham apa yang ktorg lukis, ktorg pun kena lukis betul-betul atas kertas lukisan…aku dapat tahun yang pertama jadi senangla…aku bayangkan masa tu kalau lampu…cahaya tak dapat untuk keseluruhan ruang…aku cuma lukis lampu pastu hitamkan kawasan yang tak kena lampu…hehehe…senang jer tugas aku lagipun mula-mula masa draf tadi kan ktorg dah bincang jadi dah nampaklah cara nak lukis tu…ahli group aku yang lain pun sume okeyla…dapat lukis, kalau tak dapat ktorg mintak tolong sesama ktorg…kali ni tak ada penggunaan pensil warna…semua ktorg guna pensil semata-mata jer…buat punya buat akhirnya iklan billboard ktorg pun siap…bila tunjuk kat Dr…dia dapat paham jadi tugasan ktorg untuk hari tu pun selesai…alhamdulillah…erm aku nak story plak apa yang aku kena buat dalam kelas amali…mula-mula tadi aku dah cerita pasal yang buat kalendar tu…selain buat kalendar aku jugak kena buat website…mengikut kata Cik Nurul, website ni cuma dua minggu jer masa untuk ktorg siapkan…minggu yang first tu Cik Nurul cakap ktorg kena masukkan pasal diri ktorg, akademik, keluarga dalam website tu, mula-mula aku blur jugak nak buat apa benda ni sebab aku memang tak faham langsung tapi aku cuba buat jugak…pastu aku dengar diorg cakap lepas buat tu kena link plak dengan internet…lagilah aku tak paham…tapi aku buat jugak mana yang aku pandai…masuk jer minggu kedua tu tiba-tiba jer Cik Nurul cakap nak check ktorg punya website malam tu jugak…aku pun apa lagi kelam kabut link kan dengan internet tapi biasalah kalau kerja last minit mesti tak akan sempurna…jadi yang mana sempat yang tu jelah aku tunjukkan kat Cik Nurul…aku tau aku dapat markah sikit untuk tugasan yang ni tapi silap aku jugak sebab tak banyak bertanya kat kawan-kawan yang lain…huhuhu…aku tengok website Tengku Mira, Lela, Madi dan beberapa orang lagi semua cantik-cantik sampaikan Cik Nurul mintak soft copy website diorg tu..tak apalah benda dah jadi pun…dah lepas pun…nak tak nak aku kena terima jugak…mintak maaf yer Dr…Cik Nurul kalau tugasan website saya tu tak memuaskan…tugasan ktorg yang paling last dalam kelas amali ni adalah membuat blog…ha kalimat dan kata yang tengah aku hasilkan sekarang ni untuk dimasukkan dalam blog tu lah…hehehe tapi aku akan pastikan aku dapat buat yang terbaik untuk blog ni…buat blog ni rasanya tak banyak masalah sangat rasanya sebab diorg cakap kita cuma kena pandai explore…aku pun rasa betul apa yang diorg cakap tu sebab bila aku explore makin banyak yang aku tau…hehehe…tak apalah nantikanlah hasil tugasan blog aku ni nanti yer…TUNGGU!!!Tugasan ktorg yang paling besar dalam kelas Bahasa Dalam Multimedia ni adalah program bersama anak-anak yatim…Dr. Normaliza dah ingatkan ktorg dari awal lagi yang ktorg kena setelkan program ni sebelum minggu ke-13..untuk pengisian dalam program ni Dr. nak ktorg mengajar Bahasa Melayu kepada anak-anak di rumah anak yatim tersebut di samping program-program lain seperti sukaneka, gotong-royong dan sebagainya…Dr. jugak ingatkan ktorg yang ktorg boleh bergabung dengan satu lagi group untuk pergi ke sebuah rumah anak yatim…maksudnya sebuah rumah anak yatim boleh dua group jer…untuk tugasan penting ni ktorg memilih untuk bergabung dengan group DUO yang terdiri daripada Radzwa, Ija, Fatin, Saadah, Azaziah dan Herni…pastu Dr. mintak ktorg tulis nama rumah anak yatim yang ktorg akan pergi kat kertas depan board bilik dia…Dr. buat macam ni untuk elakkan group-group pergi ke rumah anak yatim yang sama jadi ktorg pun tulislah tapi nama rumah anak yatim pertama yang ktorg pilih tapi aku tak ingat nama rumah anak yatim tu…erm nak pilih rumah anak yatim ni pun macam-macam masalah jugak yang timbul..bukan masalah apa…sebenarnya group ktorg terlambat sikit pilih rumah anak yatim jadi bila dah terlambat kuranglah pilihan untuk memilih rumah anak yatim untuk buat program ktorg ni..rumah anak yatim yang mula-mula ktorg dapat susah nak deal dengan pihak pengurusan rumah tersebut…bukan nak fikir apa-apa tapi bila Kak Zura call ke pengurusan rumah anak yatim tu, pihak diorg tak nak jawab panggilan dari ktorg…banyak kali jugak ktorg cuba tapi tetap tak dapat…last sekali ktorg guna no lain untuk call…baru ada wakil pihak diorg yang jawab panggilan…dia cakap kalau ktorg nak buat program pada tarikh yang telah ktorg tetapkan tak boleh sebab masa tu nanti anak-anak di rumah tu ada program lain…ktorg tak kisah pasal tu tapi kenapa bila ktorg call diorg tak nak jawab…sekurang-kurang diorg bagitau elok-elok yang diorg tak dapat terima program ktorg nak buat kat situ…ktorg pun boleh cari rumah anak yatim yang lain plak…tapi masalah ni group ktorg jer yang tau…tak apa bila pihak diorg dah cakap macam tu ktorg pun carilah rumah anak yatim yang lain…tapi kali ni ktorg senaraikan rumah-rumah anak yatim yang ada kat negeri Selangor ni…banyak jugak yang ktorg dapat senarai rumah anak yatim bila surf kat internet…pas dah dapat senarai rumah anak yatim tu ktorg pergi survey sendiri tempat tu..masa tu ktorg pinjam kereta adik Saadah dengan Saadah yang pandu kereta tu…ktorg rasa cara macam ni lagi baik dari bercakap di telefon…betul kan?cara macam ni kita dapat bersemuka dengan pihak pengurusan..itu lebih baik sebab masa tu pihak diorg dapat lihat kesungguhan ktorg untuk buat program…erm ktorg pergi cari rumah anak yatim tu hari Jumaat…mula-mula sekali ktorg sampai kat sebuah asrama anak-anak yatim ni tapi aku tak ingat nama dia…Pah turun tanya masa tu macam mana prosedur nak buat program kat situ…orang kat situ cakap rumah anak yatim ni under Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jadi kalau ktorg nak buat program ktorg kena anta surat ke JKM…pastu ktorg cancell tempat tu sebab ktorg tahu prosedur tu akan ambik masa yang lama…jadi ktorg pun teruskan perjalanan dengan mencari umah anak yatikm yang lain plak…sambil tengok senarai rumah anak yatim yang ktorg dah list kan tadi..ada no phone pastu Radzwa cadangkan better ktorg call dulu sebelum pergi jadi Radzwa pun call lah…bila cakap dengan tuan punya tempat tu dia cakap ktorg datang jer…nanti boleh bincang-bincang jadi ktorg pun buat keputusan untuk pergi ke tempat tu jer…cari punya cari ktorg tak jumpa pun, last-last Saadah call adik dia mintak adik dia tolong tunjukkan kat mana tempat tu…lagipun adik Saadah study dekat dengan kawasan-kawasan tu jer…bila adik Saadah dah datang dia pun bawalah ktorg ke tempat yang dicari..tapi adik Saadah cuma tunjuk kawasan jer…betul-betul rumah anak yatim tu ktorg tak jumpa lagi jadi terpaksalah ktorg cari sendiri…cari punya cari..ktorg tanya orang lagi akhirnya ktorg pun sampailah ke tempat yang dituju…sampai jer ktorg tengok signboard dia tulis ‘PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM’...oooo ni namanya rumah ni..hehehe…
Mula jejakkan kaki ke tanah ktorg dengar suara kanak-kanak…ktorg pun beri salam dan salam ktorg dijawab…ada penghuni dalam rumah tersebut mempersilakan ktorg masuk…ktorg pun masuk…ktorg tertarik dengan rumah ni sebab rumah ni bagi ktorg agak mewah…sebelum-sebelum ni ktorg bayangkan kalau rumah anak yatim tak adalah semewah ni…bila ktorg dah masuk orang yang menjemput ktorg masuk tadi beritahu mama tak ada jadi ktorg kena tunggu dulu…mama??ktorg tertanya-tanya siapa dia…tapi ktorg fikir mungkin pengasas pusat perlindungan ni kot…tunggu punya tunggu mama tetap jugak tak balik-balik tapi tak apa ktorg tunggu jugak sambil tu ktorg main dengan kanak-kanak yang ada kat situ..ktorg tengok budak-budak ni dalam lingkungan umur setahun sampai lima tahun…budak-budak ni plak mesra sangat dengan ktorg…kalau boleh budak tu tak nak berenggang langsung dengan ktorg…yelah selalu-selalu kan kanak-kanak kalau dengan orang yang dia tak kenal susah dia nak mesra tapi kanak-kanak kat sini lain…diorg suka sangat main denga ktorg…layan punya layan ktorg tak sedar yang mama dah balik….ktorg sedar bila mama bersuara marah kepada seorang kanak-kanak…ktorg yang mula-mula tadi bising-bising terus terdiam…ktorg pun rasa takut sebab suara dia pun garau…memang terdiamlah ktorg…tapi pastu mama datang maniskan muka dengan ktorg…dia sambil cakap berpesan yang dia tak suka rumah dia berselerak…yelah mana taknya kanak-kanak kecil yang main dengan ktorg tadi ni sepah-sepahkan tisu jadi mama suruh ktorg kutip…mama pesan lagi dia bukan marah cuma dia berpesan macam seorang ibu…dia cakap kalau ibu kita sendiri pun tak suka kalau kita sepahkan rumah…lagi mama pesan jangan asyik sangat main denga kanak-kanak ni…dia cakap kalau ktorg datang untuk buat aktiviti buat jer aktiviti tanpa ganggu kanak-kanak..ktorg terima semua pesanan mama tu sebagai ingatan…pastu mama terus tanya tujuan ktorg datang…Kak Zura selaku ketua kumpulan menerangkan yang ktorg kena buat satu program amal kat rumah ni…mama dengan muka yang tersenyum cakap boleh jer kalau ktorg nak buat program kat sini…wah bagusnya…tanpa banyak soal mama bersetuju…Kak Zura bagitau lagi kalau tak ada apa-apa halangan ktorg nak buat program ni pada 14 Mac..mama bersetuju sahaja, dia hanya meminta ktorg anta kertas kerja pada hari ktorg datang untuk buat program nanti…mama juga memberikan no phone Bella untuk ktorg hubungi jika terdapat apa-apa yang hendak diberitahu…Bella tu orang yang mempersilakan ktorg masuk ke rumah tadi…setelah semuanya selesai dan mama pun tidak banyak bertanya ktorg pun mintak diri untuk balik dan mengingatkan mama yang ktorg akan datang pada 14 Mac nanti…mama dengan muka manis mengangguk…mama cuma berpesan kepada ktorg supaya ingat pesanan-pesanan dia tadi dan mengingatkan ktorg supaya bersungguh kalau nak buat aktiviti tu nanti…kalau tak amaran mama ktorg akan dihalau…huhuhu…sampai macam tu sekali ke?tak apa ktorg akan ingat pesan mama…setelah bersalam dengan mama ktorg pun pulang dengan perasaan lega sebab dah dapat rumah anak yatim untuk ktorg buat program nanti…hehehe…balik jer dari survey rumah anak yatim tu ktorg pun ingatkan ahli group ktorg yang tak pergi masa survey tu pesanan-pesanan mama…ktorg takut jugak kalau ktorg dihalau nanti kalau mama tak suka dengan sikap ktorg masa buat program nanti…diorg pun paham…dua minggu pastu…tarikh 14 Mac makin dekat, hari Jumaat sebelum nak pergi rumah anak yatim tu ktorg dua-dua group mesti pergi jumpa Dr. Normaliza dulu…Dr. cakap group mana yang tak jumpa ngan dia dulu tak dibenarkan pergi…kalau masa jumpa tu pun tak cukup ahli group tak boleh jugak pergi…jadi ktorg semua pastikan ahli group cukup baru ktorg pergi jumpa Dr…bila dah jumpa Dr…Dr..tanya apa aktiviti yang akan ktorg buat kat sana…ktorg setiap orang mesti bersuara dengan Dr…ktorg pun terangkanlah aktiviti-aktiviti yang ktorg nak buat…ada aktiviti yang Dr. terima dan ada aktiviti yang Dr. mintak ktorg fikirkan semula…tapi jumpa Dr. hari tu semua okeylah…last sebelum ktorg keluar dari bilik Dr…Dr. berikan sedikit sumbangan kepada ktorg untuk disampaikan kepada rumah anak yatim tu nanti…alhamdulillah…murah rezeki Dr. nanti…cakap sal sumbangan lupa aku nak story sikit yang aku dan ahli-ahli group aku mintak sumbangan kat kolej ktorg…dapatlah jugak ktorg kumpul dan sumbangkan kepada rumah anak yatim tu nanti…esoknya 14 Mac..hari untuk ktorg menjayakan aktiviti besar ktorg…ktorg bergerak keluar dari kolej pada pukul 8.30 pagi dengan dua buah kereta yang membawa ktorg…dah la pagi tu hujan…mungkin hujan rahmat untuk ktorg buat aktiviti dengan sehabis baik…mudah-mudahan…doa ktorg…aku, Ain, Okina, Kak Zura dan Cosovera sebagai pemandu naik satu kereta..Pah dan Nad naik mto…yang lain-lain plak naik kereta lagi satu…perjalanan ke sana mengambil masa tak sampai pun sejam…lebih kurang 45 minit macam tu la…bila dah masuk highway cuaca dah bertukar panas…memudahkan perjalanan ktorg…dalam pukul 10 macam tu kereta ktorg pun sampai kat rumah perlindungan tu tapi kereta yang lagi sebuah dengan Nad dan Pah tak sampai lagi…ktorg fikir mungkin diorg singgah mana-mana beli barang-barang…jadi ktorg pun masuklah ke dalam rumah dulu…kedatangan ktorg disambut manis oleh Bella dan penghuni yang lain kat rumah tu…aku tengok pagi ni ramai sangat orang kat rumah tu berbeza dengan yang pertama kali ktorg datang hari tu…baru aku teringat yang hari ni hari Sabtu…budak-budak mestilah tak sekolah…hehehe…bila dah masuk rumah ktorg letak nasi lemak yang ktorg bawak kat dapur…nasi lemak tu ktorg tempah kat Wak Jas untuk ktorg makan bersama anak-anak nanti…tak lama kemudian Bella panggil ktorg…dia nak bagi macam taklimat sikit…ktorg pun dengarlah…Bella cakap pada hari tu ramai group yang akan datang ke pusat perlindungan tu jadi untuk sama adil dia mintak ktorg buat aktiviti gotong-royong dulu…sebelum tu Bella bawa ktorg pusing keliling rumah dulu untuk tengok persekitaran pusat perlindungan tu…dia tunjuk bilik tidur anak-anak, dapur, tempat simpanan ubat…ktorg dimaklumkan yang kanak-kanak di sini ada yang menghidap HIV…simpati ktorg dengar…pas dah pusing satu rumah...Ktorg pun mulakan aktiviti gotong-royong ktorg…
Kira ktorg bergilir-gilir adakan aktiviti dengan group satu lagi…masa ktorg kat dapur tu memang ada group lain yang datang…okey ktorg ikut cakap Bella ktorg buat gotong-royong dulu…ktorg sidai kain, lipat kain, masukkan pakaian dalam almari, ktorg tolong adik-adik cuci kasut sekolah, sapu-sapu rumah dan macam-macam lagi…
Tapi dalam masa yang sama diorg yang lain tak sampai lagi..rupa-rupanya baru ktorg tau yang diorg ni tersesat jalan…hehehe…tapi tak lama pastu diorg pun sampai…ktorg pun terangkan kat diorg apa yang perlu dibuat…ktorg cakap jugak yang aktiviti yang dah ktorg plan sebelum ni kena ubah…pas dah gotong-royong sume Kak Zura jumpa Bella nak mintak izin ktorg jalankan program…nasib Bella tak ada apa-apa masalah…ktorg pun jalankan program dengan anak-anak mengikut peringkat yang dah ktorg susun…peringkat pra dan tadika bawah penyeliaan Pah, Nad, Azaziah ngan Saadah…aku plak handle sekolah rendah ngan Kak Zura, Okina ngan Ain…Fatin, Radzwa, Ija ngan Herni plak handle sekolah menengah..ktorg pun jalankan aktiviti ktorg macam yang dah dirancang…anak-anak semua pun bagi kerjasama dengan baik…ktorg pun rasa senang hati bila aktiviti ktorg berjalan dengan lancar..sambil jalankan aktiviti ktorg dikehendaki oleh Dr. supaya mengambil gambar dan video sebab pasni ktorg kena buat slide plak dengan gambar ngan video ni…ktorg kena tunjuk kat kelas apa aktiviti yang ktorg dah buat kat rumah anak yatim ni…pas dah abis buat aktiviti..masa tu pun dah tengah hari jadi ktorg pun ajaklah adik-adik semua makan nasi lemak yang ktorg bawak…senang hati ada, tersentuh hati ada bila ktorg tengok adik-adik ni makan tapi bagi ktorg…ktorg happy bila tengok adik-adik ni pun happy…tapi masa tu ktorg tak makan sekali sebab rasa macam tak elok plak lagipun ada lagi group lain kat situ…pas dah makan semua ktorg buat majlis penutup…
Dah last ni masa majlis penutup ktorg jemput mama…sebelum sampaikan sumbangan ngan cenderahati ktorg mintak maaf ngan mama kalau ktorg ada buat sesuatu yang tak menyenangkan hati mama…mama sambil tersenyum cakap dia anggap ktorg ni macam anak-anak dia jer…dia tegur mana yang patut…ktorg rasa lega bila mama cakap macam tu…lepas sampaikan sumbangan dan cenderahati kepada mama ktorg bergambar beramai-ramai bersama mama…kenangan di PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM ni akan ktorg abadikan dan insyaAllah satu hari nanti ktorg akan datang lagi…balik jer dari pusat perlindungan tu ktorg singgah di Putrajaya untuk makan nasi lemak yang ktorg bawak tadi sambil menikmati udara petang yang segar…hehehe…
Tapi dalam perjalanan balik ke kolej hujan turun dengan lebat sampaikan Cosovera yang bawak kereta tak nampak jalan…ktorg pun ikut risau sama…ktorg lagi risau kat Nad ngan Pah yang naik moto…macam mana nasib diorg agaknya…fikir ktorg masa tu tapi nasib baik masa hujan lebat tu ktorg dah nak sampai kawasan UPM…jadi ktorg mintak Cosovera bawak kereta pelan-pelan…alhamdulillah ktorg sampai dengan selamat kat kolej…bila dah sampai kolej ktorg tengok Nad dah sampai…wah dia lagi laju rupanya…tak lama pastu kereta lagi satu pun sampai…ktorg bersyukur sangat bila semua dah selamat…pasni kerja ktorg hanya nak siapkan power point pasal aktiviti di rumah anak yatim ni…erm hari Rabu minggu lepas ktorg dah selesai bentang power point tentang program ni…Dr. Normaliza bagi komen yang dia sangat berpuas hati dengan semua pembentangan ktorg…dia cakap sebenarnya dia mintak ktorg jalankan program ni untuk membentuk sifat kasih sayang dalam diri ktorg…supaya ktorg ada rasa belas dan kasih terhadap insan yang kurang berupaya seperti anak yatim ni…tapi aku akui memang perasaan tu wujud dalam diri aku bila aku tengok anak-anak yatim tersebut…aku belajar menghargai kerana aku lebih bertuah daripada mereka…Dr. Normaliza cakap lagi yang dia pun tersentuh sebenarnya tengok pembentangan-pembentangan ktorg tapi dia cuba kawal supaya tak keluar air mata…hehehe…tu lah segala pengalaman yang aku kutip sepanjang kelas Bahasa Dalam Multimedia ni…banyak pengalaman sama ada pahit manis yang aku dapat…walaupun mula-mula aku agak tension dengan kerja yang terlalu banyak tapi bila dah biasa aku enjoy sangat…terima kasih Dr. Normaliza kerana memberi saya semua pengalaman ni…akan saya kenang selagi hayat dikandung badan….akan saya manfaatkan segala ilmu yang Dr. ajar kepada saya…untuk Cik Nurul dan juga Cik Alia terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan..terima kasih untuk semuanya…dan tak lupa jugak kepada kawan-kawan yang ada membantu diriku sama ada secara langsung atau tak langsung…terima kasih semua…wassalam….